Thursday, July 12, 2018

Pulau Gaya



Pulau ini dinamakan Pulau Gaya. Pulau Gaya terletak kira-kira 10 minit menaiki bot dari Kota KinabaluSabah. Luasnya 1,465 hektar dan termasuk dalam warta Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau-pulau yang terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman adalah Pulau GayaPulau SapiPulau ManukanPulau Mamutik dan Pulau Sulug. Separuh daripada pulau ini dilindungi daripada aktiviti nelayan, pembalakan haram, carigali petroleum dan pelbagai sumber pencemaran.

Pulau ini cukup strategik kerana berdekatan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja boleh melancong dan berkelah di pantai Pulau Gaya yang indah itu. Terdapat pelbagai tempat untuk melancong yang menarik di pulau tersebut.

Di pulau ini terdapat beberapa buah kampung yang terpisah oleh budaya, ekonomi dan bangsa. Misalnya Kg Pulau Gaya, Kg Pasir Putih, Pondo dan Lok Urai masing masing mempunyai identiti tersendiri. Dari satu rumah ke satu rumah dihubungkan dengan papan-papan kecil nipis dan anda pasti gayat meniti dari papan ke papan di satu kampung manakala di kampung yang lain agak tersusun corak penempatan dengan rumah rumah yang tersusun semuanya menghadap ke laut. Pengangkutan utama ialah bot dan perahu nelayan. 

No comments:

Post a Comment