Saturday, July 21, 2018

Desa Dairy Farm




Desa Dairy Farm terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang. Desa Cattle atau di panggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Tempat ini dibuka setiap hari, dengan bayaran hanya RM5 untuk seorang, Masuk dan ambil gambar pemandangan sepuas hati landskap New Zealand Sabah.
Selain itu pelawat yang mengunjungi Desa Farm boleh rasa produk segar mereka seperti susu segar, puding dan aiskrim gelato yang sangat sedap. Pergi pada waktu pagi kerana cuaca lebih sejuk dan kurang awan yang melitupi Gunung Kinabalu
Desa Dairy Farm yang terletak di kaki gunung Kinabalu di Tanah Tinggi Mesilau Kundasang, Sabah kini kian menjadi pilihan para pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati permandangan indah malah beriklim sejuk. 
Ladang seluas 199 hektar ini menjadi tempat penternakan lembu dan menghasilkan 900,000 liter susu lembu segar setiap tahun. Desa Dary Farm ini terletak kira-kira 100km daripada bandar Kota Kinabalu dan mengambil masa 2 jam untuk sampai jika menaiki kereta.

No comments:

Post a Comment