Saya dan rakan-rakan menikmati keindahan alam di atas bukit. Pemandangan yang sungguh indah dan menenangkan. Keindahan gunung ganang adalah suatu tarikan yang sangat menarik bagi para pengunjung mahupun penduduk Sabah itu sendiri. Sabah adalah tempat dimana para pengunjung boleh menikmati keindahan alam serta gunung ganang yang terdapat disana. Bagi yang meminati fotografi, disana juga terdapat tempat yang sesuai untuk mencipta keunikan sesebuah gambar serta cerita disebaliknya.
Selain keindahan alam dan suasana tenang, kepelbagaian biologi yang terdapat di lereng gunung turut menjadi tarikan para pengunjung untuk melawati kawasan berkenaan. Sebanyak 5,000 hingga 6,000 jenis flora, 326 spesis burung dan lebih 100 spesis mamalia telah ditemui di gunung itu sekali gus menjadikan Gunung Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Para pengunjung berpeluang merasai dan mengalami cara hidup penduduk tempatan melalui Rumah Penginapan Walai Tokou. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga angkat mereka seperti memungut hasil hutan, menangkap ikan di sungai, menganyam tikar dan memasak.
No comments:
Post a Comment